10 ciri suami idaman para wanita diluar sana

Mari kita baca tentang 10 ciri suami idaman
para wanita diluar sana. Mana tahu kena
dengan taste anda kan?
Banyak dan besar tanggungjawab sebagai
suami, jom kita ambil tahu tentang ciri
suami idaman diluar sana!

1. Semua wanita mahu seorang suami yang
penyayang dan baik hati. Bukan harta yang
diukur atau berapa banyak yang dibelanjakan
untuk isteri, akan tetapi berapa banyak kasih
sayang yang anda berikan.

2. Sifat ini sememangnya popular di bibir
para wanita iaitu isteri mahukan
seorang suami yang romantik. Anda sebagai
seorang suami, jadilah insan yang romantik
dalam hidup isteri anda.

3. Wanita memang tak dinafikan dilahirkan
dengan sifat cemburu. Rasa sebegini
sememangnya wajar ada dalam diri setiap
wanita, namun perlulah ada batasnya.
Sebagai lelaki atau suami, pujuk isteri anda
dengan lembut. Jangan sesekali mengatakan
anda rimas dengan sikap kuat cemburunya.
Yakinkannya bahawa anda hanya menyayanginya.

doorgift, 10 ciri suami idaman, ciri suami idaman
doorgift, 10 ciri suami idaman, ciri suami idaman

4. Selalulah mencium dan bersalam tangan
dengan isteri Praktikan dalam kehidupan kalian
seharian. Isteri mahu melihat anda begini selalu.

5 Sebelum tidur, cuba cium tangan isteri dan
ucap terima kasih padanya. Kemudian cium
ubun-ubun isteri. Begitu juga setelah bangun
tidur atau hendak pergi bekerja.Tunjukkan
yang anda benar-benar menghargai apa yang
isteri lakukan untuk anda.

6. Isteri mahukan seorang pelindung.
Segala ketakutan mampu dibuang hanya
dengan satu pelukan oleh sang suami.
Cubalah jadi suami yang bersifat melindungi
dan jangan biarkan isteri anda rasa tidak
dihargai dan meminta belas kasihan dari
insan lain.

7. Sekiranya isteri penat, anda boleh menolong
beliau memasak di dapur, bahkan mengambil
alih tugasnya mengemas rumah. Pasti isteri
akan rasa bahagia dan terharu dengan
pertolongan anda.

8.  Isteri akan sangat bahagia sekiranya dapat
embantunya didapur. Dalam arus kemodenan
masa kini, hampir 80% lelaki pandai memasak.
Namun untuk menjadi seorang suami yang
di idami para isteri, anda tidak perlu menjadi
seorang chef semata-mata, akan tetapi cukuplah
sekiranya anda tahu ‘basic’  memasak.
Sekurang-kurangnya ketika isteri anda sakit
atau tiada dirumah, anda boleh memasak
untuk anak-anak.

9. Segelintir wanita suka memendam rasa apabila
berlaku sesuatu permasalahan. Sebagai contoh,
jika suaminya tidak memenuhi apa yang diinginya,
beliau lebih suka berdiam diri dan merajuk.
Apabila ditanya beliau tidak akan menjawab
mengapa bersikap sedemikian. Suami haruslah
memainkan peranan untuk sesi memujuk dan
banyakan bersabar dengan karenah isteri.

10.Cuba berhenti merokok. Jangan biarkan
isteri menjauhi anda hanya kerana merokok.
Ini kerana tidak semua wanita boleh menerima
lelaki merokok. Setengahnya hanya redha dengan
suami yang merokok, dan yang lain pula memaksa
suami berhenti merokok. Sebaiknya, jika
anda seorang perokok tegar, cubalah berhenti.
Set kan di minda anda bahawa rokok tidak
memberikan apa-apa kebaikan untuk diri.

Leave a Reply