10 PERKARA BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN PERLU LAKUKAN SEBELUM BERKAHWIN

Pastinya anda teruja untuk menukar status anda kepada ‘Puan’. Kami senaraikan 10 perkara yang patut anda lakukan sebelum menjadi ‘Mrs.’

1: Ada income sendiri : Ada setengah wanita merasakan yang mencari duit sendiri itu tidak perlu lebih-lebih lagi jika bakal suami anda sudah stabil dan pendapatannya mencukupi untuk keluarga baru kelak. Namun, harus diingat, wanita patut menyediakan payung sebelum hujan. Walaupun jika anda berniat untuk menjadi suri rumah sepenuh masa selepas berkahwin, tidak salah sekiranya sebelum anda berkahwin, anda menimba pengalaman dalam mencari pendapatan sendiri. Jika anda merasakan makan gaji tidak sesuai dengan anda, apa kata anda manfaatkan skil dan bakat yang anda anda? Menyulam, menjahit atau lain-lain. At least, jika ada sesuatu yang tidak diingini di masa hadapan, anda sudah tahu bagaimana untuk meneruskan hidup anda dan anak-anak.

2: Cuba tinggal sendiri : Ada beza tinggal bersama keluarga dan hidup sendiri. Ibu bapa akan seboleh-bolehnya melakukan semampu mereka untuk memudahkan hidup anda. Namun, jika anda tinggal sendiri, anda boleh belajar tentang hidup pada kadar yang anda mampu dan anda juga boleh belajar untuk menguruskan hidup anda. Jika dulu anda mungkin tidak tahu mana boleh anda dapatkan harga rendah untuk barangan runcit, selepas anda tinggal sendiri, anda mungkin sudah boleh bezakan harga di barangan runcit di kedai sekitar rumah anda. Jika dulu anda tunggu ibu anda berleter sebelum anda mula mengemas, akan tiba satu masa, anda sendiri akan mengemas tanpa disuruh.

3: Betulkan gigi : Anda selalu rasa anda tidak kelihatan menarik apabila anda senyum? Anda rasa gigi anda kurang rata? Anda merasakan gigi anda agak kekuningan? Inilah masanya untuk anda betulkan gigi anda. Rawatan braces/whitening dan lain lain walaupun agak mahal harganya, namun, setiap sen yang anda keluarkan adalah berbaloi. Dan semestinya lebih berbaloi dari beg Chanel anda.

4: Dapatkan bentuk badan yang anda idam-idamkan : Sejak bila anda berazam untuk mendapatkan badan yang fit namun tidak pernah berjaya merealisasikannya? 5 tahun lepas? 10 tahun lepas? Sejak tahun 2009? Hah! Inilah masa yang paling paling palingggg sesuai. Selepas anda berkahwin nanti, anda akan selalu makan bersama suami dan sibuk menyesuaikan diri anda dengan peranan anda sebagai isteri. Jika anda ditakdirkan mendapat zuriat awal, anda akan terpaksa menunda lagi azam anda. Jadi, sekarang inilah masa paling sesuai. Lagipun, tentunya anda ingin kelihatan paling cantik di hari perkahwinan anda.

5: Tukar style rambut anda : Anda ada style rambut yang anda betul-betul suka namun takut mahu mencuba? Tukar sekarang! Sekarang ini tiada sesiapa boleh complaint apa-apa. Sementara single but not available inilah, anda boleh cuba benda yang anda betul-betul suka. Mohawk? Go for it! Fringe? Lame, but why not?

6: Kulit ‘glowing glowing’ : Ini semestinya menjadi cita-cita setiap wanita. Namun, anda perlu berhati-hati. Usah pula anda mengambil suplemen tambahan tanpa kaji selidik sehingga menjejaskan kesihatan anda. Tidak kisahlah produk apa yang anda gunakan, apa yang penting, jangan lupa mengambil air yang cukup setiap hari. Itu adalah perkara asas untuk mendapatkan kulit yang cantik dan ‘glowing glowing‘.

7: Bermanja sepuas-puasnya dengan keluarga anda : Sebelum berkahwin inilah anda boleh bermanja sepuas-puasnnya dengan ibu bapa anda. PDA (public display of affection) dengan ibu bapa anda di khalayak ramai pun tidak salah. Bila lagi kan? Hendak tidur bawah ketiak ibu anda pun, buatlah. Bukanlah nanti anda tidak berpeluang untuk berbuat begini selepas berkahwin nanti, cuma masa dan perhatian anda akan terarah kepada perkara lain sehinggakan anda mungkin terlupa yang anda juga masih boleh bermanja dengan ibu bapa anda seperti sekarang. Whether you like it or not, you’ll always be your parents’ little daughter.

8: Beli sesuatu yang anda idam-idamkan setelah sekian lama : Ada baju yang anda betul-betul suka yang berharga RM300++? Tidak mengapa. Satu kali. Satu kali ini sahaja, splurge! Handbag/heels/make up set atau apa-apa sahajalah. It’s okay! Namun jangan pula anda jadikan ini satu hobi.

9: Pergi bercuti bersama bestfriends anda : Tidak kisahlah sehebat mana janji anda kepada rakan-rakan anda, selepas berkahwin nanti, dengan tuntutan kerja dan keluarga, anda pasti tidak akan dapat meluangkan masa sebanyak mana yang anda janjikan kepada kawan anda. Maka, sebelum anda bergelas ‘Puan’ ini, pergilah bercuti bersama rakan-rakan. Dress up or dress down, it’s up to you. Yang penting, anda dapat meluangkan masa sepuas-puasnya dengan rakan anda.

10: “… be a good daughter first” : Well, pastinya dengan perubahan status anda kelak, tanggungjawab dan peranan anda juga akan bertambah menjadi lebh ibesar berbanding sebelum ini. Anda juga mempunyai keazaman untuk menjadi isteri terbaik, solehah and all. Namun, sebelum anda melangkah ke alam rumah tangga, ambil kesempatan ini untuk menjadi anak yang terbaik untuk kedua ibu bapa anda dahulu. Tentulah hubungan kekeluargaan anda tidak akan terputus selepas anda berkahwin. Namun, perhatian dan masa yang anda ada kelak akan lebih terbatas. Manjakan mereka sebanyak yang boleh dan lapangkan hati mereka selapang-lapangnya.

kredit : ikahwin.my

Leave a Reply