5 Cara Mendapatkan Idea Untuk Majlis Perkahwinan

5 Cara Mendapatkan Idea Untuk Majlis Perkahwinan. Anda tercari-cari lubuk ilham untuk majlis perkahwinan anda? Kami tahu mana lagi anda boleh cari.

1: Pergi majlis perkahwinan rakan

Apabila ada saja jemputan perkahwinan, anda pergi sahaja. Selain dapat survey, penyedia khidmat katering yang bagus, anda juga akan dapat survey tempat untuk melangsungkan perkahwinan anda. Selain itu, anda boleh mula mengumpulkan idea untuk menghias majlis anda nanti.

2: Instagram

Instagram ada banyak akaun-akaun berkaitan perkahwinan dan akaun-akaun ini dibanjiri banyak foto yang cantik yang anda boleh terus ‘screen shot’, simpan dan hantar kepada sesiapa untuk anda minta pendapat. Gunakan enjin carian mereka untuk mencari akaun-akaun ini. Gunakan kreativti anda untuk mencari hashtag yang berkaitan.

3: Majalah

Labur sedikit duit anda untuk memiiki majalah-majalah perkahwinan. Majalah, majalah ini bukan sahaja padat dengan info yang penting, malahan, memberi idea yang bernas.

4: Ibu bapa

Walaupun mereka dan anda mempunyai jarak umur yang agak besar, itu tidak menghalang anda untuk berbincang dengan ibu bapa anda tentang idea yang bagus untuk majlis anda. Lagipun, mereka lebih berpengalaman dalam hal ini.

5: Laman web

Ada banyak laman web yang boleh membantu anda dalam membuat persiapan perkahwinan anda ini. Daripada ‘design’ baju hinggalah kepada diy. Dan tidak semestinya anda perlu menjenguk ke laman web perkahwinan. Anda boleh juga terus pergi melihat foto-foto di laman web jurufoto bagi mendapatkan ilham dekorasi, baju dan sebagainya.

 

kredit : ikahwin.my

Leave a Reply