5 Jenis Kasut Untuk Pengantin Lelaki

Bukan wanita sahaja yang ada banyak jenis kasut. Lelaki juga begitu. Kenali jenis-jenis kasut lelaki.

1: Kasut Loafer 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

boleh menjadi sesuatu yang kasual mahupun formal. Bergantung kepada tekstur pembuatannya. Jika suede atau kain, anda akan kelihatan kasual atau mungkin semi kasual dengan padanan baju yang sesuai. Jika anda mahukan sesuatu yang formal, kulit dengan kemasan yang berkilat adalah jawapannya.

 

2: Kasut Oxford 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

mungkin kelihatan sama dengan derby, namun oxford dan derby sebenarnya berbeza. Derby adalah ‘open laces’ dan oxford adalah ‘closed laces’.

 

3: Kasut Derby 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

adalah kasut bertali dan sesuai untuk kelihatan formal dan sedikit kasual.

 

4: Kasut Monk Strap 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

mempunyai strap yang kadang kala datang dalam bentuk buckle. Bentuknya yang kelihatan kelakian menjadi pilihan lelaki untuk pilihan formal mahupun kasual.

 

5: Kasut Brogue 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

mempunya lubang-lubang pada permukaan kasut sebagai hiasan. Semakin banyak lubang, semakin kasual kasut itu.

Leave a Reply