5 Tip Memilih Pakaian Tepat Ketika Berbulan Madu

Berbulan madu adalah aktiviti yang sering dilakukan oleh setiap pasangan selepas berkahwin. Tetapi kerap kali hendak berbulan madu, perkara yang paling merungsingkan ialah menyediakan pakaian yang hendak dibawa terutamanya bagi wanita.

Pada masa yang sama, anda pastinya ingin memastikan penampilan anda sentiasa sempurna. Tip fesyen kali ini berkongsikan tip untuk memilih pakaian tepat ketika berbulan madu.

1. Pastikan lokasi destinasi pilihan yang telah dipilih. Contohnya, sama ada hendak ke pantai, ke hutan, kota atau sebagainya bagi memudahkan anda membuat persiapan dan memastikan keperluan dan pakaian dibawa sesuai dengan tempat yang hendak dituju.

2. Pakaian yang mudah di suai padan dan ringan serta cepat kering boleh mengurangkan beban berat beg atau tidak memerlukan anda mengheret beg yang besar. Tetapi jika hendak berbulan madu ke negara musim sejuk, jangan sekali-kali mengabaikan baju sejuk kerana walaupun agak tebal dan berat, ia tetap keperluan utama.

3. Antara aksesori penting untuk wanita ketika berbulan madu dan perlu dibawa ialah topi, cermin mata hitam dan sandal. Jangan sesekali membawa aksesori yang berlebihan, bimbang akan menyebabkan kehilangan saat anda bercuti terutama perhiasan kemas.

4. Warna cerah dan motif ceria antara rona pakaian yang sesuai untuk berbulan madu kerana ia membangkitkan mood dan meluahkan perasaan gembira yang pastinya anda ingin kecapi ketika itu.

5. Jangan membazirkan wang untuk membeli baju baru sebagai persediaan sebelum pergi berbulan madu kerana anda mungkin dan membeli belah banyak pakaian baharu ketika pergi berbuan madu.

 

kredit : Pesona Pengantin

 

Leave a Reply