5 Tips Kurangkan Perbelanjaan Dalam Perkahwinan

5 Tips Kurangkan Perbelanjaan Dalam Perkahwinan. Tak ada bakal pengantin yang inginkan majlis yang ala-ala atau nak tak nak. Mungkin ada diantara anda yang inginkan majlis yang indah dan juga nampak mewah tetapi tak mahu menanggung hutang yang tinggi. Yalah, kalau nak majlis yang gilang gemilang, mestilah kosnya juga gilang gemilang jugakan?? Jadi bajet perkahwinan itu sangat penting dan biarlah bajet itu mengikut kemampuan. Elakkan berhutang atau membuat pinjaman yang tak masuk akal kerana kehidupan selepas berkahwin itu lebih penting.

 

So, ini adalah tips yang paling penting untuk mengurangkan perbelanjaan dalam perkahwinan anda.

  1. Guest-list

Tetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir supaya anda dapat rancang bajet perkahwinan dengan baik. Bila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.

 

  1. Akad Nikah + Majlis Persandingan

Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada satu hari. Untuk menjimakan kos, akad nikah dilakukan pada waktu pagi manakala persandingan dan kenduri dilakukan pada waktu tengahari. Jika anda tetap mahu melakukan majlis akad nikah dan persandingan secara berasingan, hadkan jumlah tetamu untuk majlis akad nikah (saudara mara dan rakan terdekat sahaja).

 

  1. Kad Kahwin

Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal kerana ingin kad yang cantik saja. Percayalah, tak ramai yang mahu simpan kad kahwin anda buat kenangan melainkan ia betul-betul unik. Untuk menjimatkan kos, anda boleh menggabungkan majlis persandingan pihak lelaki dan perempuan dalam satu kad sahaja. Selain itu, anda juga boleh design sendiri atau mempunyai kenalan yang boleh membantu dalam design kan kad kahwin anda. Dengan cara itu anda hanya perlu mengeluarkan kos untuk printing sahaja.

 

  1. Saving

Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan anda tak menggunakan semua wang simpanan anda dan seterusnya BERHUTANG.Sentiasa elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan KAD KREDIT.

 

  1. Checklist

Yang terakhir, checklist atau senarai semak adalah amat penting sekali. Ia perlu ditulis awal-awal supaya anda tidak lupa atau tertinggal perkara yang penting. Melalui senarai semak ini anda juga boleh mengetahui jumlah wang yang dibelanjakan dan anda boleh memantau bajet perkahwinan anda jika ‘terlebih’ atau ‘terkurang’.

 

Leave a Reply