6 Cara ‘Bonding’ Dengan Mentua

6 Cara ‘Bonding’ Dengan Mentua

Ceriakan dan eratkan hubungan anda dan mentua dengan 6 cadangan kami ini.

#1: Melalui pasangan. 

Pasangan anda memainkan peranan penting sebagai jambatan penghubung antara anda dan mentua. Bagaimana pasangan anda bercerita tentang anda kepada ibu bapanya, begitulah persepsi yang mereka ada tentang anda. Jadi, minta pasangan anda berhati-hati dalam tutur katanya. Lebih-lebih lagi jika anda baru mula mengenali mentua anda. Mentua/bakal mentua juga selalunya memerhati cara anda berinteraksi dengan anak mereka. Hormat pasangan anda seperti mana anda mahu pasangan anda hormat anda di hadapan ibu bapa anda. Jika marah sekalipun, jangan tinggi suara. Bukan bermuka-muka, tapi menjaga aib. And of course, ada banyak cara lain yang mereka boleh nampak kasih sayang yang anda ada untuk anak mereka. Setiap perkara yang mereka nampak itu adalah ‘plus point’ untuk anda.

#2: Telefon.
Telefon mentua/bakal mentua adalah cara paling senang untuk mendekati mereka. Tanya khabar dan bersembang sedikit dengan mereka. Lebih-lebih lagi jika pasangan anda agak sibuk dengan kerja. Sekurang-kurangnya ada yang bertanya khabar dan anda boleh ‘update’ kedua-dua belah pihak tentang diri masing-masing. Cumanya, anda perlu sensitif sedikit tentang waktu anda menelefon mentua anda. Contohnya: Waktu solat, waktu tidur dan sebagainya.
#3: Bersembang bila berjumpa.
Sesetengah orang boleh terus ‘masuk’ dengan semua orang termasuklah mentua mereka. Namun, ada juga yang sedikit kekok dan ‘takut-takut’. Jika anda kategori yang kedua ini, jangan risau. Biasalah itu. Tapi, jangan sampai tidak bercakap langsung. Cuba perlahan-lahan. Senyum banyak-banyak jika anda tiba-tiba gementar atau tidak tahu cakap apa. Jangan lari-lari tau.

#4: Surprise visit.
Jika anda sudah berkahwin, bila tiba hujung minggu tu, ajak pasangan anda lawat mentua anda dengan mengejut. Selalu bila cuti panjang atau hari raya saja kan? Kali ini buat ‘weekend gateway’ di rumah mentua pula. Lebih bagus jika anda dan pasangan dapat buat aktiviti ‘surprise visit’ ini untuk kedua-dua keluarga.

#5: Ingat tarikh penting.
Hari jadi? Hari ulang tahun perkahwinan? Jangan lupa wish mentua anda. Jika anda sibuk, set ‘reminder’ untuk tarikh-tarikh penting ini. Terus set untuk tahun-tahun yang akan datang juga.

#6: Shopping.
Walaupun agak mendebarkan jika belum habis ‘ice breaking’ lagi, tapi sebenarnya aktiviti ini agak bagus juga. Aktiviti ini membolehkan anda untuk mengenali citarasa mentua anda. Apabila anda hendak membeli hadiah untuknya kelak, at least anda sudah ada sedikit ‘hint’.

Leave a Reply