7 IDEA KASUT GLAMOUR PENGANTIN PEREMPUAN

7 IDEA KASUT GLAMOUR PENGANTIN PEREMPUAN. Kasut haruslah seiring baju pengantin anda yang cantik dan glamour atau simple seperti yang anda inginkan. Kami kongsikan stail pilihan kami 

1: Peep Toed 

 Peep toed tentunya pilihan klasik para pengantin di majlis perkahwinan mereka. Kasut jenis ini bukan sahaja menarik, malahan dapat membuat kaki si pemakai kelihatan lebih menyerlah kerana potongan yang hanya mempamerkan hujung jari sahaja memberi efek sedikit seksi.

2: Laser Cutout Pump Shoes 

 Jika anda suka pump shoes, apa kata anda cuba pump shoes jenis ini pula. Potongan laser nyata memberikan kemasan yang berbeza dan efek berbanding pump shoes yang lain. Seperti ‘lace, but not lace’.

3: Glittery heels  

Mungkin ada setengah merasakan kasut yang glittery agak ‘tacky’. Namun, sebenarnya apabila dipakai, boleh tahan juga. Cubalah, mana tahu anda akan suka.

4: Ballerina Flat 

Jika anda tidak selesa manyarungkan kasut tumit tinggi, mungkin anda boleh mempertimbangkan kasut flat ballerina pula. Dengan kemasan lace dan manik kristal mengikut citarasa anda, tentunya kasut ballerina ini pilihan yang bijak. Mungkin kasut yang ber’mood‘ pengantin ini sukar untuk dicari. Sebagai penyelesaian, anda boleh membeli kasut yang kosong sahaja dan mengupah penghias manik untuk ‘work the magic’.

5: Solid Coloured Pumps

Warna ‘staple‘ pengantin selalunya warna putih atau nude. Tapi tidak salah sekiranya anda mahu menyarungkan sepatu yang berwarna selain daripada warna tersebut dan serlahkan keceriaan di kaki anda.

6: Patterned Heels

Jika anda merasakan anda mahu warna selain dari warna putih atau nude, tapi anda mahukan sesuatu yang lebih ceria daripada warna solid, ‘patterned’boleh jadi sesuatu yang anda boleh pertimbangkan. Go crazy!

7: Sneakers

Okay. Mungkin pilihan ini tidaklah popular di mata aunties dan para ibu. Namun, pada pengantin yang mungkin tidak menggemari kasut bertumit tinggi dan mahukan sesuatu yang benar-benar selesa,tidak salah sekiranya anda mahu menyarung sneakers di hari bahagia anda. Lagipun, anda tentunya perlu banyak berjalan dan sneakers tentunya sesuatu yang selesa.

 

kredit : pesona pengantin

Leave a Reply