BAKAL PENGANTIN TIDAK PERLUKAN DIET DRASTIK!

BAKAL PENGANTIN TIDAK PERLUKAN DIET DRASTIK! Setiap pasangan pengantin pasti mahu bentuk badan yang menawan pada hari bahagia mereka. Namun adakah patut atau tidak anda amalkan diet drastik menjelang perkahwinan anda? Kami berikan anda 5 sebab untuk lupakan diet jenis ini.

1: Berat itu akan datang semula

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk beberapa hari yang pertama, memang agak senang. Namun, setelah beberapa ketika, apabila tubuh anda akan mula merasai kekurangan kalori, protein, karbohidrat dan lemak secara mendadak anda akan mudah terpesong daripada niat diet anda. Metabolisme tubuh anda akan berkurang secara drastik, jadi apabila anda mula makan seperti biasa kembali, kadar metabolisme badan anda tidak dapat berfungsi pada kadar sebelum ‘diet drastik’ anda. Lantas, kalori berlebihan yang tidak diproses ini akan bertukar menjadi lemak dan seterusnya mengakibatkan berat anda bertambah.

2: Menu yang tidak menyelerakan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jika anda tidak berputus asa setengah jalan, potensi untuk kurang berat banyak agak mengujakan. Tapi, bayangkan anda hanya boleh makan sup kobis sahaja setiap hari? Minum kopi dan biskut kering sahaja? Lagipun, badan anda masih memerlukan nutrien yang cukup untuk badan anda berfungsi di paras optimum. Sebelum mulakan apa-apa diet, dapatkan nasihat pakar nutrisi atau doktor anda.

3: Ada cara lain yang lebih berkesan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bersenam dan berdiet sepatutnya dibuat secara beriringan. Tapi diet yang dimaksudkan adalah menjaga pemakanan dengan betul dan sihat. Bukannya makan sayur kobis sahaja hari-hari. Memang lambat sikit turun. Tapi, yang penting, jika anda bersenam dan menjaga pemakanan secara konsisten, anda pastinya akan mencapai target anda. Ambil masa untuk merancang pemakanan anda selama seminggu. Elakkan makan di luar jika boleh.

4: Tidak sihat

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Diet secara drastik boleh memberikan tekanan kepada jantung anda dan menyebabkannya berdebar-debar lebih daripada biasa, dehidrasi dan gangguan terhadap sistem imunisasi anda.

5: Diet drastik tidak berkesan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mulanya memang akan banyak berat turun. Tapi yang anda hilang hanyalah berat yang superfisial – berat air dan otot. Dikaburi pengurangan berat badan ini, anda mungkin akan mahu meneruskan diet drastik ini dan seterusnya mengakibatkan gangguan metabolisme tubuh. Pada masa ini, diet anda ini akan mula mensabotaj tubuh anda dan mengakibatkan anda lebih susah untuk mengurangkan berat yang seterusnya.

 

Kredit : ikahwin.my

 

 

 

Leave a Reply