• Tips Buat Pengantin
  • 10 ciri suami idaman para wanita diluar sana

    Mari kita baca tentang 10 ciri suami idaman para wanita diluar sana. Mana tahu kena dengan taste anda kan? Banyak dan besar tanggungjawab sebagai suami, jom kita ambil tahu tentang ciri suami idaman diluar sana! 1. Semua wanita mahu seorang suami yang penyayang dan baik hati. Bukan harta yang diukur atau berapa banyak yang dibelanjakan untuk isteri, akan tetapi berapa banyak kasih sayang yang anda berikan. 2. Sifat ini sememangnya popular di bibir para wanita iaitu isteri mahukan seorang suami yang romantik. Anda sebagai seorang suami, jadilah insan yang romantik dalam hidup isteri anda. 3. Wanita memang tak dinafikan dilahirkan dengan sifat cemburu. Rasa sebegini sememangnya wajar ada dalam diri setiap wanita, namun perlulah ada batasnya. Sebagai lelaki atau suami, pujuk isteri anda dengan lembut. Jangan sesekali mengatakan anda rimas dengan sikap kuat cemburunya. Yakinkannya bahawa anda hanya menyayanginya. 4. Selalulah mencium dan bersalam tangan dengan isteri Praktikan dalam kehidupan kalian seharian. Isteri mahu melihat anda begini selalu. 5 Sebelum tidur, cuba cium tangan isteri dan ucap terima kasih padanya. Kemudian cium ubun-ubun isteri. Begitu juga setelah bangun tidur atau hendak pergi bekerja.Tunjukkan yang anda benar-benar menghargai apa yang isteri lakukan untuk anda. 6. Isteri mahukan seorang pelindung. Segala ketakutan mampu dibuang hanya dengan satu pelukan oleh sang suami. Cubalah jadi suami yang bersifat melindungi dan jangan biarkan isteri anda rasa tidak dihargai dan meminta belas kasihan dari insan lain. 7. Sekiranya isteri penat, anda boleh menolong beliau memasak di dapur, bahkan mengambil alih tugasnya mengemas rumah. Pasti isteri akan rasa bahagia dan terharu dengan pertolongan anda. 8.  Isteri akan sangat bahagia sekiranya dapat embantunya didapur. Dalam arus kemodenan masa kini, hampir 80% lelaki pandai memasak. Namun untuk menjadi seorang suami yang di idami para isteri, anda tidak perlu menjadi seorang chef semata-mata, akan tetapi cukuplah sekiranya anda tahu ‘basic’  memasak. Sekurang-kurangnya ketika isteri anda sakit […]

  • Tips Buat Pengantin
  • 12 Tips untuk Bakal Pengantin yang Jarang Ambil Tahu

    pastel wedding theme

    12 Tips untuk Bakal -bakal pengantin diluar sana yang bakal melangsungkan perkahwinan, tips-tips ini jarang kita ambil kira. Tapi tips inilah yang selalu akan buat kita teringat selepas majlis, ”Kalaulah aku tulis hari tu, mesti ingat punya”. Jom baca tips seterusnya! TIPS PENGANTIN  #1 : PAKAI PERFUME BARU YANG AKAN MENGINGATKAN TENTANG HARI INDAH ANDA […]