Doorgift Majlis Perkahwinan

Apakah doorgift yang sesuai untuk dihadiahkan kepada tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan anda?

Selepas menghadiri sesebuah majlis, tetamu akan diberi hadiah atau door gift berupa makanan mahupun barang sebagai penghargaan berterima kasih kerana sudi menghadiri majlis tersebut. Akan tetapi, apa yang menjadi tanda tanya adalah…

adakah hadiah tersebut akan disimpan atau sebaliknya. Ada yang mengukur hadiah tersebut sebagai satu nilai harga sebuah majlis yang mereka hadiri, bagi tetamu yang hadir hadiah itu sesuatu yang bernilai dan berharga untuk disimpan.

 

set hotel exclusive

 

Namun, jika hadiah yang diberikan sekadar ‘memberi’ dan bukan untuk mendapat harga dan nilai bagi pandangan tetamu, alahai mendukacitakannya. Bukan apa, cuba bayangkan, rata-rata sekarang mereka memberikan ‘mini towel’ dan sudu garfu plastik, apa nilai berharga yang terdapat pada hadiah tersebut untuk disimpan?

Tips untuk bakal pengantin yang sedang memikirkan hadiah/doorgift adalah untuk bagi sesuatu seperti apa yang mereka harapkan untuk dapat dari sesebuah majlis. Apakah nilai yang dipandang? Sesuatu yang sayang dan berharga untuk dibuang dan cantik untuk disimpan menjadi koleksi.

Jika dulu, zaman sebelum doorgift ni berluasa, bunga telur dihadiahkan sebagai tanda kesuburan untuk bakal pengantin. Dan untuk kanak-kanak pula diberikan gula-gula. Tetapi, sedikit hampa bila mereka yang diberikan telur ni, nak juga makan pada saat itu, dan pilih untuk kupas kulit telur itu merata. Admin pun tak faham.

Oleh itu, mereka mengubah dari budaya bagi telur dan gula-gula ini pada sesuatu yang lebih berharga. Tips berguna untuk para pengantin, jika anda dan pasangan memilih untuk memberikan makanan cuba berikan sesuatu yang tahan lama dan kering. Sebagai contoh, kerepek, coklat dan bahulu.

 

cookies jar 12pcs

 

Untuk kelainan, anda boleh berikan kepada para tetamu cawan, potpourri dan lebih bagus surah yasin. Rata-rata sekarang, vendor-vendor kad kahwin telah menyediakan servis men-design cover buku yasin. Contoh-contoh yang diberikan ini, sesuatu yang berharga dan mereka akan simpan. Kira bergunalah hadiah anda berikan. Seperti surah yassin pula, mereka akan simpan dan jika mereka baca, jangan lupa anda menyumbang kepada pahala mereka.

Cuba elakkan beri barang yang basah dan terlalu murah nilai dan tidak berharga untuk disimpan. Mungkin harganya murah tapi, apa guna jika murah dan mereka hanya buang sahaja selepas dapat. Sedih dan membazirkan? Jika anda ada kreativiti yang tersendiri, cuba berikan doorgift yang berkonsepkan D.I.Y Project. Akan lebih bernilai dan unik dengan caranya tersendiri.

Fikir dan buat pilihan yang tepat. Jangan fikirkan harga yang murah sahaja. Sebaliknya, fikirkan nilai sesuatu hadiah tersebut di mata para tetamu jemputan.

Semoga Berjaya!

doorgift honey jar
kredit : ikahwin.my

Leave a Reply