Idea Baju Kahwin Pengantin Berhijab

Menjadi pengantin yang cantik dan menawan dihari perkahwinan adalah impian semua wanita dimajlis perkahwinan mereka. Trend baju perkahwinan wanita berhijab pada tahun 2018 ini semestinya berlainan dari tahun sebelumnya. Mari kita lihat trend yang bakal menjadi ikutan pada tahun 2018 ini.

 

  • Fabrik

Pemilihan fabrik yang lebih polos dengan alunan yang mengasyikkan seperti fabrik sifon, como crepe dan dull satin pastinya akan menjadi pilihan bakal pengantin tahun ini. Fabrik ini mampu memberikan keselesaan keseluruh badan pengantin. Ia juga menampakkan penampilan yang lebih sofistikated, ringkas dan moden malah menyerlahkan lagi aura pengantin.

  • Potongan

Gaya yang lebih kasual dan santai pastinya menjadi pilihan pada tahun 2018. Keserian pengantin akan terserlah dengan potongan yang praktikal, urban, moden dan minimalis yang mampu menyerlahkan sisi elegan wanita hijabis. Aplikasi potongan busana akan didominasi dengan potongan yang lebih rapi, sederhana dan berstruktur lurus seperti potongan empire line, duyung, princess line dan kurung moden.

  • Warna

Warna yang pasti akan menjadi kegilaan sudah pastinya warna warna pastel! Dominasi warna pastel seperti rose quartz, creamy white, baby blue dan banyak lagi melambangkan kesucian juga menyerlahkan lagi busana dengan tambahan manik serta labuci berkilauan yang masih lagi menjadi trend dari dahulu sampai sekarang. Ditambah lagi dengan perhiasan yang minamalis seperti tiara pasti akan menyerlahkan pesona raja sehari yang bakal menjadi perhatian semua tetamu dan mata yang memandang.

Leave a Reply