Jangan Bersiap Melebihi Pengantin, 6 ‘Simple Rules’ Anda Perlu Patuhi

Musim perkahwinan kadangkala menjadi kerunsingan buat anda untuk menggayakan pakaian yang sesuai terutama buat mereka yang bergelar wanita. Perkara ini perlu dititikberatkan agar penampilan anda tampak sempurna dengan majlis yang dihadiri.

Namun harus diingatkan, jangan sesekali  bersiap melebihi pengantin itu sendiri. Entri kali ini berkongsikan tip mudah untuk tampil anggun di majlis perkahwinan.

PEMILIHAN WARNA

Dalam pemilihan warna yang sesuai ketika menghadiri majlis perkahwinan adalah sangat penting, elakkan memakai pakaian yang berwarna sedondon dengan pengantin atau keluarga mereka. Sebaiknya anda dapatkan dahulu maklumat ini daripada pihak keluarga ataupun kenalan anda sendiri, biarpun ia tampak remeh tetapi tetap memberi impak yang besar kepada anda nanti.

PATUHI KOD PAKAIAN

Jika anda menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan di tempat khas seperti di dewan dan sebagainya yang memerlukan anda mematuhi kod pakaian yang telah ditetapkan, adalah sangat digalakkan untuk anda mengikut kod pakaian itu.  Jika tidak mempunyai kod pakaian yang ditetapkan, lihat pula pada masa dan tempat majlis itu akan berlangsung.  Untuk lelaki atau wanita, seeloknya pakailah pakaian traditional atau formal ketika menghadiri majlis perkahwinan tidak kira di mana pun anda dijemput.

SESUAIKAN DENGAN PERSEKITARAN

Seperti kita ketahui di Malaysia cuacanya sentiasa panas dan kadangkala hujan mengikut musim.  Ketika memilih pakaian yang perlu digunakan untuk ke majlis perkahwinan, sesuaikan dengan cuaca dan persekitaran kawasan itu.  Jangan memilih pakaian yang terlalu tebal atau yang tidak menyerap peluh terutama jika anda menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan di rumah atau khemah pada waktu siang.

UTAMAKAN KESELESAAN

Ini merupakan aspek paling penting dalam memilih pakaian untuk digunakan nanti, bukan hanya pakaian. Kasut yang akan digunakan juga perlu dititikberatkan, pilih jenis kasut yang selesa dan mudah untuk anda bergerak di kesesakan orang ramai nanti.  Jika majlis perkahwinan yang diadakan pada musim hujan contohnya, elakkan menggunakan kasut tinggi atau yang berwarna putih untuk memastikan anda selesa. Mungkin juga kerana pada waktu puncak ramai tetamu yang hadir dan menyebabkan anda perlu untuk meletakkan kenderaan jauh daripada rumah pengantin. Pastinya anda perlu kasut yang selesa untuk berjalan.

SOLEKAN WAJAH

Ketika menghadiri majlis perkahwinan, anda digalakkan untuk berhias sedikit dengan mengenakan pemerah pipi atau bedak atau gincu agar penampilan anda selari dengan pakaian. Tidak perlu terlalu menyerlah solekannya, hanya untuk memastikan anda tidak tampak pucat dan tidak berseri.  Pasti anda ingin bersama-sama pengantin untuk mengabadikan kenangan pada hari bersejarah mereka nanti tetapi jika wajah anda tampak pucat pasti anda sendiri tidak berpuas hati dengan keputusannya nanti.

PELBAGAIKAN GAYA

Akhir sekali, pelbagaikan gaya penampilan anda ketika menghadiri majlis perkahwinan kerana anda dan yang lain akan mengenakan busana yang sama tetapi jika anda mempelbagaikan gaya pasti akan ada mata yang memandang nanti.  Aksesori tambahan seperti ‘brooch’ atau barangan kemas akan menampakkan lagi kecantikan anda. Tapi tidak perlu terlalu sarat dengan hiasan kerana lebih sederhana lebih baik.  Sebagai tambahan, jangan lupa sembur sedikit minyak wangi agar penampilan anda sentiasa segar walaupun di tengah-tengah orang ramai.

 

d8d577fb79fd1d46465ccfa1e8f9596b

 

kredit : pesona pengantin

 

 

 

Leave a Reply