KHAS BUAT PASANGAN YANG BAHARU BERKAHWIN, INI 9 CARA JIMAT PINDAH RUMAH

Langkah pertama diambil dengan berpindah ke rumah baru dan bermulalah ceritera bahagia untuk pasangan yang baru berkahwin. Namun begitu, dengan berpindah ke rumah baru turut memerlukan mereka menyiapkan semua peralatan dengan kadar yang serta merta.

Ikuti beberapa tip keperluan dan kehendak apabila berpindah

1) BERPINDAH

Apabila berpindah ke rumah baru, pastikan tiga bulan sebelum untuk memastikan keadaan rumah bersesuaian dengan kehendak. Jika ada penyewa yang dahulunya tinggal di situ, pastikan segala keadaan dalam rumah itu baik dan jika ada kebocoran, pastikan iainya telah dibaiki sebelum anda menduduki rumah itu.

2) PERABOT RUMAH

Seelok-eloknya perabot rumah dikumpulkan sebelum anda berpindah kerana kos membeli sahaja agak tinggi, inikan pula mahu membeli sekali gus semua perabot dalam satu masa. Jika boleh, elakkan tetapi jika mempunyai wang yang cukup, tidak menjadi masalah untuk anda.

3) PERALATAN UTAMA

Jika di rumah sewa lagi anda sudah ada perancangan untuk berkahwin, jadi mulakanlah dengan langkah pertama iaitu membeli peralatan yang utama sebagai contoh, tilam, almari, peralatan dapur dan mesin basuh. Sebaiknya pilih yang taham lama supaya dapat digunakan pada masa akan datang.

4) KEHENDAK & KEPERLUAN

Asingkan kehendak dan keperluan di awal waktu berpindah. Misalnya jika keperluan memilih almari penting daripada membeli meja solek, lebih baik memilih apa yang diperlukan dahulu. Ini kerana barang kehendak hanya sekadar sampingan jika tidak dibeli juga tiada masalah akan timbul.

5) MENYEDIAKAN BAJET

Apabila berpindah, pastikan anda menyediakan bajet carta belanjawan supaya dapat membantu ada dalam menguruskan permasalahan yang melebihi pendapatan.

6) MENDAPAT HADIAH

Menjadi pengantin baru anda akan mendapat banyak hadiah yang berupa barangan rumah. jadi tidak perlu membazir untuk membeli lagi barang yang sudah ada. Jika barang tersebut murah atau tidak tahan lama, usah risau sekiranya rosak barulah anda menukar dengan barangan lain dan lebih tahan lama. Perlu ada sikap berjimat cermat lebih-lebih lagi keperluan hidup yang makin tinggi.

7) BELI SEDIKIT DEMI SEDIKIT

Sekiranya barang-barang di rumah tidak dapat dibeli pada awal perkahwinan, tidak mengapa anda boleh juga membeli barang secara sedikit-sedikit. Contohnya bulan pertama anda boleh membeli peralatan tidur dan seterusnya.

8) WANG PERBELAJAAN

Sebaik berpindah ke rumah baru juga diingatkan agar menyimpan sedikit daripada wang perbelajaan. Kadangkala duduk di rumah baru ini ada situasi yang menyebabkan kita terpaksa berbelanja lebih. Manalah tahu jika ada kedaan rumah yang kadangkala tidak sempurna seperti yang anda lihat. Kemungkinan kos kerosakan boleh menyebabkan anda berhutang. Penyelesaiannya amalkan sikap menabung dari awal lagi.

9) MENGGUNAKAN PERABOT YANG ADA

Sesetengah orang gemarmeninggalkan perabot lama sekiranya berpindah ke rumah baru. Namun untuk menjimatkan perbelajaan, anda digalakkan menggunakan perabot yang ada dan hanya membeli barangan keperluan harian yang lain. Perlu diingat, permulaan brumah tanggan bukan mudah, anda seharusnya menguruskan kewangan dengan lebih terperinci supaya tidak ada masalah pada awal perkahwinan.

kredit : Pesona Pengantin

Leave a Reply