Senarai Checklist Persediaan Perkahwinan – 6 Bulan Terakhir Sebelum Majlis!

Bersiap sedia untuk menjalani hari paling bersejarah dalam hidup kita sememangnya sesuatu yang mendebarkan. Bagi mereka yang tidak pasti bagaimana untuk memulakan persiapan perkahwinan bagi majlis anda, di sini kami ada sediakan senarai checklist persediaan perkahwinan yang sesuai dibuat kira-kira 6 bulan terakhir sebelum tarikh majlis.

 

1. Tentukan Bajet Perkahwinan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lagi satu hal persiapan perkahwinan adalah tentang bajet. Pastikan anda tetapkan bajet kewangan mengikut kemampuan pasangan dan keluarga anda. Tidak perlu bergolok-gadai. Biar ringkas tetapi meriah! Saban tahun, kos perkahwinan semakin meningkat naik, jadi jika anda merancang untuk berkahwin, pastikan anda mula menyimpan sedikit-sedikit.

 

2. Pilih Tarikh dan Tempat Nikah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Antara perkara paling utama untuk dilakukan terlebih dahulu semasa persediaan perkahwinan adalah menentukan tarikh dan tempat nikah. Yelah, tanpa kedua-dua perkara ini, memang tidak akan terjadi langsung majlis perkahwinan anda. Ada yang ingin melangsungkan majlis akad nikah di rumah sendiri dan ada juga di masjid.

 

3. Tentukan Tarikh dan Lokasi Majlis Perkahwinan Kedua-dua Pihak

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selain daripada tarikh dan lokasi nikah, anda juga perlu menentukan tarikh dan lokasi majlis perkahwinan selewat-lewatnya 6 bulan sebelum majlis. Ini adalah untuk memberikan ruang dan masa kepada pengantin untuk menjalankan persiapan perkahwinan dengan lancar.

 

4. Bincangkan Hantaran dan Jumlah Dulang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Antara perkara lain yang perlu dimasukkan ke dalam senarai checklist persediaan perkahwinan anda juga adalah bilangan dulang hantaran dan bajetnya. Kadangkala, pengantin lupa untuk berbincang tentang hal ini. Akibatnya, semua menjadi kelam-kabut dan caca-merba pada saat akhir.

 

5. Tetapkan Konsep dan Tema Warna Majlis Perkahwinan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi melancarkan proses penyediaan dewan, pelamin, dulang hantaran dan baju pengantin, pastikan anda berbincang dengan pasangan anda tentang konsep dan tema warna majlis perkahwinan anda.

 

6. Mulakan Urusan dengan Pejabat Agama Islam

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hal berikut ini juga amat penting – memulakan urusan dengan Pejabat Agama Islam dari negeri masing-masing. Jika anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan, jangan bimbang. Kami ada senarai checklist kahwin untuk perkara ini.

 

Leave a Reply