Tips Berbulan Madu

Tips Berbulan Madu. Selesai majlis perkahwinan adalah masa yang paling sesuai untuk melepaskan semua penat berbulan-bulan dan habiskan masa berdua bersama. Bulan madu adalah masa yang sesuai untuk mengeratkan hubungan suami isteri tanpa gangguan. Rancanglah bulan madu anda dengan baik samada di dalam negara atau luar negara. Barulah puas dan berjalan dengan lancar bulan madu anda.

Ini adalah antara tips penting untuk berbulan madu:

  • Pastikan anda membuat bajet yang lengkap tentang bulan madu anda seperti kos pengangkutan, penginapan dan perbelanjaan semasa berbulan madu.
  • Tentukan tarikh yang dipilih tiada urusan lain dan cuti anda dan pasangan diluluskan majikan.
  • Pastikan anda dan pasangan berada dalam keadaan yang sihat dan bawa ubat ubatan yang diperlukan sekiranya berlaku kecemasan.
  • Faktor cuaca juga penting. Pilihlah tempat dengan cuaca yang sesuai untuk anda dan pasangan.
  • Rancang tempat yang lebih romantis dan santai untuk pasangan yang baru berkahwin. Anda juga boleh memilih tempat yang menyediakan aktiviti kegemaran anda dan pasangan.
  • Harga tiket juga merupakan faktor paling penting untuk anda dan pasangan. Belilah tiket pada waktu promosi anda dpat menjimatkan duit dan bercuti ke tempat idaman anda.
  • Jika anda bercuti diluar negara bajet lebih tinggi dan jika didalam negara bajet lebih sedikit dan senang untuk anda menyesuaikan diri dengan budaya, makanan dan persekitaran.

Leave a Reply


Sign up to our newsletter!