Tips Kecantikan Bakal Pengantin

Menjelang hari bahagia memeterai cinta pastinya mencetuskan pelbagai rasa. Gembira, teruja, berdebar dan segala macam perasaan semuanya ada. Kurangkan tekanan yang dirasa dan apa yang lebih penting tampilkan diri kamu cantic dan berseri!

  • Seri wajah pengantin

Makan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum hari perkahwinan. Mulakan dengan bacaan selawat ke atas nabi dan surah Al-Fatihah, inshaAllah wajah kamu kelihatan berseri-seri di hari perkahwinan nanti.

 

  • Memutihkan gigi

Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Kemudian bakar sehingga menjadi abu. Gosokkan gigi dengan abu daun kelapa tersebut. Ulangi proses ini untuk dapatkan gigi yang lebih putih dan berkilat.

 

  • Hilangkan daki pada kulit

Amalkan menggosok hampas kelapa pada keseluruhan tubuh untuk menanggalkan daki. Gosokkan juga pada bahagian pelipat seperti leher, pangkal paha dan bawah lengan. Lama- kelamaan, daki beransur hilang dan kulit tubuh lebih bersih.

 

  • Kulit cerah dan licin

Bosan dengan ritual mandi susu dan pupur untuk dapatkan kulit tubuh yang cerah? Cuba ini, ambil sebiji limau nipis dan belah dua. gosokkan  pada muka dan seluruh badan ketika mandi. Insya-Allah, kulit akan kelihatan cerah, licin dan harum.

 

  • Mewangikan rambut

Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat. Kemudian sapukan ke kepala, Biarkan beberapa ketika selepas itu barulah dicuci menggunakan air suam. Ia boleh mewangikan rambut dan mencegah uban.

 

  • Merahkan bibir dan muka

Sapukan bibir dan muka dengan madu lebah asli setiap malam. Lakukan selama seminggu dan hasilnya, kulit muka dan bibir kelihatan kemerah-merahan secara semula jadi.

 

  • Hilangkan lebam mata

Lekap pada bawah mata  dengan uncang teh yang telah  digunakan. Biarkan semalaman dan lakukan tiga kali seminggu sebelum tidur.

Leave a Reply