Tips Kecantikan Seseorang Menggunakan Madu

Tips Kecantikan Seseorang Menggunakan Madu. Madu selain untuk dimakan, ia bermanfaat untuk kecantikan luaran. Banyak produk kecantikan yang menggunakan madu. Khasiat madu untuk kecantikan telah lama diketahui ramai. Namun masih ramai yang tidak mencubanya. So, ini antara tips yang boleh digunakan untuk kecantikan.

  • Perapi Rambut. Enzim dan nutrien dalam madu menyinarkan rambut. Minyak kelapa menembusi rambut untuk melembut dan melicinkan rambut dari akar ke hujung.

Cara: Campurkan satu sudu madu mentah dengan minyak dua sudu kelapa. Sapu dalam keadaan rambut lembab, bermula dari dua pertiga rambut hingga ke hujung. Biarkan selama 20 minit dan bilas.

  • Rawatan Jerawat. Madu bersifat anti-bakteria dan anti-kulat yang menghalang bakteria yang boleh menyebabkan jerawat. Ciri-ciri anti-radangnya mengurangkan kemerahan dan kerengsaan.

Cara: Sapukan madu ke kawasan yang terjejas, dan biarkan selama 10-15 minit. Bilas dengan air suam.

  • Pemudar parut. Madu dikatakan mampu mencerahkan kulit. Sifatnya yang anti-radang dan anti-bakteria membantu untuk mengurangkan parut dan meningkatkan penyembuhan serta pertumbuhan semula tisu. Ciri-ciri penghidratan pada madu dan minyak kelapa atau minyak zaitun juga akan membantu memulihkan sel-sel kulit. Urutan secara lembut akan meningkatkan peredaran bagi membantu pemulihan kulit

Cara: Campurkan satu sudu teh madu dengan satu sudu teh minyak kelapa atau minyak zaitun. Sapu pada parut. Urut dengan hujung jari dalam urutan memutar selama satu hingga dua minit. Letakkan tuala panas di atas permukaan kulit dan biarkan sehingga sejuk. Ulangi setiap hari.

 

  • Pelembap kutikel. Madu yang sarat dengan nutrien dan enzim untuk menyuburkan, melembabkan dan menyembuhkan kuku. Minyak kelapa berfungsi untuk melindungi, manakala asid asetik dalam cuka epal melembutkan kulit dan menyeimbangkan pH untuk pertumbuhan yang sihat.

Cara: Campurkan satu sudu teh madu dengan satu sudu teh cuka epal dan satu sudu teh minyak kelapa. Gosok atas setiap kutikel dan biarkan selama lima hingga sepuluh minit, kemudian bilas.

  • Pelembab kulit. Madu adalah pelembap semula jadi, bermakna ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit dan memastikan ia berada pada lapisan kulit untuk mengekalkan kelembaban pada kulit.

Cara: Sapukan satu sudu teh madu ke kulit yang kering. Biarkan selama 15-20 minit. Bilas dengan air suam.

 

Leave a Reply