Tips Memilih Pakej Perkahwinan

Tips Memilih Pakej Perkahwinan. Perkara yang paling selepas mengetahui tarikh perkahwinan adalah memilih pakej perkahwinan yang sesuai dan mengikut kemampuan. Anda haruslah membuat pilihan yang betul dan membuat perbandingan sebelum memilih dan membuat keputusan. Ini adalah tips yang boleh anda gunakan untuk memilih pakej perkahwinan anda.

Tips memilih:

  • Cari maklumat dan rujukan: Sebaiknya bakal pengantin perlu mempunyai pengetahuan tentang apa yang diperlukan untuk majlis anda. Anda boleh membuat rujukan di internet, bertanya kepada rakan dan saudara atau pergi ke ekspo perkahwinan.

  • Pengalaman: Pastikan butik yang anda pilih mempunyai pengalaman dalam bidang mengendalikan majlis perkahwinan dan mempunyai rekod yang baik.

  • Kualiti: Tengok kualiti pakej yang ditawarkan. Pastikan mereka faham dengan permintaan anda dan pakej yang ditawarkan setimpal dengan harga yang diberi. Pilih ikut kemampuan dan dan jangan membazir.

  • Bayaran: Jangan buat bayaran pada orang tengah. Pastikan anda mengendalikan sendiri segala bayaran dengan pihak butik dan meyimpan semua resit untuk bukti sekiranya diperlukan.

  • Rekaan: Pastikan rekaan pelamin atau baju yang anda pilih dari butik itu sendiri. Ini untuk memastikan rekaan yang anda pilih siap dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

  • Lokasi: Elakkan membuat tempahan pakej dengan butik yang jauh dari tempat anda. Ini untuk mengelakkan dari sebarang masalah seperti kelewatan dan sebagainya.

Photos credit: Pinterest / The Leiora / Kahwinje

Leave a Reply