Tips Menjaga Berat Badan

Ramai yang nak berat badan yang ideal dan kurus tapi tidak tahu apa yang harus dilakukan. Untuk menjaga berat badan bukanlah satu perkara yang susah. Ini adalah antara tips yang paling penting.

  • Motivasi

Ini adalah perkara yang selalu dilupakan untuk menjaga badan dan sebenarnya perkara inilah yang paling penting untuk memastikan kita sentiasa menjaga berat badan kita. Dengan adanya motivasi kita akan lagi tekad untuk menjaga berat badan kita. Contohnya, factor kesihatan, perkahwinan, rakan-rakan dan sebagainya.

  • Check berat badan dengan kerap

Kita harus rajin check berat badan kita supaya kita tahu perubahan dalam berat kita. Takkan nak tunggu orang tegur baru nak check kan. Bila kita check berat badan kita barulah kita boleh merancang pemakanan harian kita.

  • Rehat yang cukup

Ramai yang tak ambil berat dengan masa rehat kita. Kita sepatutnya mendapatkan rehat yang cukup dan terlebih rehat juga tidak bagus. Kalau dah hari biasa kita sibuk dengan kerja so ambiklah peluang hujung minggu yang ada dengan cukupkan rehat.

  • Rajin bersukan

Sebenarnya kalau kerja office kita akan banyak habiskan masa dengan duduk dimeja saja. Ini juga merupakan faktor berat badan kita naik. Sekali-sekala rajinkan diri tu naik turun tangga sikit. Kalau ada masa diwaktu petang atau hujung minggu kita boleh luangkan masa dengan bersukan di taman atau melakukan sukan indoor.

  • Menjaga pemakanan harian

Kita haruslah tahu apa yang kita makan setiap hari. Pengambilan makanan harian banyak mempengaruhi berat badan kita. Kita haruslah membanyakkan makan sayur sayuran dan buah buahan. Jadikan la buah buahan sebagai snek kita. Kurangkan makan makanan ringan dan air manis.

  • Atur masa makan

Sarapan sangat penting untuk kita ambik setiap hari. Kebanyakkan orang menjadikan kerja sebagai alasan untuk tidak bersarapan. Sarapan membantu kita untuk kurang rasa lapar. Kita kenalah atur masa makan kita dengan betul. Sebolehnya waktu makan malam kita kenalah 3 jam awal sebelum waktu tidur.

  • Banyakkan minum air kosong

Ini adalah tips yang selalu kita dengar dan anggap tidak penting. Sebenarnya minum air kosong banyak membantu proses metabolisme dan tubuh badan kita. Sekurang-kurangnya ambik 8 gelas air kosong sehari.

Leave a Reply