Tips Menjaga Hati Pasangan Dalam Rumah Tangga

Tips Menjaga Hati Pasangan Dalam Rumah Tangga. Anda perlu buat sesuatu agar kasih dan sayang pasangan bertambah hangat pada anda meskipun yang baru berkahwin atau sudah lama berkahwin. Kat sini kami nak share sikit tips yang anda boleh buat untuk menambah kuat ikatan kasih sayang anda.

  1. Ikut Perintah Allah

Ni adalah tips yang paling penting sekali dalam mendirikan rumah tangga. Macam mana pun kita kenalah patuh dengan perintah Allah dan sentiasa mengingati pasangan kita yang mana betul dan mana yang salah. Bak kata orang saling melengkapi dan berubah kearah kebaikan bersama. Barulah pasangan until Jannah.

 

  1. Panggilan Manja

Cari nama panggilan manja untuk pasangan anda dan panggilah pasangan anda menggunakan panggilan manja tu. Kan nampak lebih mesra dan manja. Kalau tengah marah pun boleh cool dengar anda panggil dia dengan panggilan manja ni.

 

  1. Bertimbang rasa antara satu sama lain

Perselisihan faham merupakan perkara biasa yg akan sering kita tempuhi. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Salah seorang perlu memujuk atau meminta maaf jika terdapat sebarang perselisihan faham.

 

  1. Prihatin terhadap pasangan anda

Salah satu aspek yang penting dan perlu diberi perhatian oleh setiap pasangan. Jika anda ingin mengasihi dan dikasihi pasangan anda, rajin-rajinkan lah diri anda untuk mengambil berat terhadap pasangan anda.Biasa la kan, kita sebagai manusia mempunyai hati dan perasaan yang memerlukan belaian dan perhatian dari orang lain especially orang yang istimewa buat kita.

 

  1. Sentiasa menyokong antara satu sama lain

Sebagai pasangan kita kenalah menyokong antara satu sama lain. Kalau bukan kita yang nak menyokong dan memahami mereka dengan minatnya siapa lagi. Ini juga penting untuk mereka membentuk keyakinan diri.

Leave a Reply