Tips Pilih Baju Pengantin (Bentuk Badan & Warna)

Tips Pilih Baju Pengantin (Bentuk Badan & Warna). Baju pengantin adalah perkara yang paling penting bagi menyerlahkan lagi penampilan pada hari bahagia anda. Pemilihan warna dan juga menyesuaikan dengan bentuk badan anda juga adalah sesuatu yang susah. Sebagai panduan untuk anda ini adalah warna yang sesuai untuk bentuk badan anda.

  • Kurus dan Tinggi: Untuk anda yang berbadan kurus dan tinggi anda amat sesuai untuk mengenakan baju pengantin dari warna yang cerah seperti merah jambu, kuning, oren, hijau, biru muda dan merah. Kelebihan mempunyai badan yang kurus dan tinggi juga sesuai menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya menampakkan anda lebih berisi.
  • Berisi dan Tinggi: Anda yang begini sesuai menggenakan warna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna warna ini boleh menampakkan anda kurus. Jika ingin bergaya dengan baju bercorak pilih corak bunga bunga kecil. Elakkan memakai pakaian dari warna telalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menampakkan anda berisi.
  • Bentuk Tubuh Jam Pasir: Anda yang mempunyai bentuk badan sebegini sangat bertuah kerana anda sesuai memakai semua jenis baju dan warna apa saja. Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan memakai skirt dengan potongan A-Line supaya nampak lebih ramping.
  • Bentuk Segi Empat: Pilihlah pakaian dengan potongan yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh seperti pakaian dengan struktur geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki perincian pita dan kerut yang ringkas. Elak memakai pakaian yang tipis dan ringan. Jangan pakai terlalu banyak perincian dan gabungan rona berlebihan agar tidak serabut.
  • Bentuk Buah Epal: Untuk anda yang mempunyai bentuk badan epal warna warna ‘shocking’ dibahagian atas tubuh dan warna gelap membaluti bahagian bawah tubuh sesuai dipilih. Pilih warna warna gelap untuk memberikan kesan ramping.
  • Bentuk Buah Pear: Bagi mereka yang bertubuh unik ini, pilih yang mampu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dengan dengan bahagian bawah tubuh. Baju dengan warna terang dan corak pelbagai sesuai dipakai dibahagian atas. Pakaian atas (bahu / lengan) yang lebar, berenda, perincian yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit besar dan tak menyeimbangkan tubuh.

Leave a Reply