Tips Pilih Make Up Artis

Make Up Artis atau MUA adalah antara orang yang paling penting dimajlis anda. Mereka adalah orang yang akan mencantikkan anda dihari perkahwinan anda dengan solekan. So, ini adalah tips untuk mencari MUA.

  •  Tempahan awal – Pastikan tempahan dibuat awal agar anda mendapat Make Up Artist yang diingini. Buat perbandingan agar pemilihan anda adalah bertepatan dengan kehendak dan budget anda.

  • Test make-up/pre-wedding makeup – Cubalah melakukan test makeup/pre-wedding makeup dahulu dengan Make-up Artist yang dipilih.

  • Hanya anda seorang – Pastikan agar Make-up Artist anda tidak menerima tempahan selain diri anda pada tarikh majlis anda. Ini adalah bagi mengelakkan Make-up Artist anda terkejar-kejar menatarias anda untuk ke tempahan seterusnya. Akibatnya anda yang akan menanggung hasil solekan yang kurang teliti dan tidak memuaskan.

  • Berbincanglah – Pastikan anda dan Make-up Artist anda berbincang terlebih dahulu. Terus terang tentang apa yang anda suka dan apa yang anda tidak suka. Ini akan memudahkan Make-up Artist menatarias anda. Kedua-dua pihak (anda dan Make-up Artist) pasti akan berpuashati dan kegembiraan anda akan terpancar di wajah anda!

  • Cerewet biar kena tempatnya – Dalam menentukan solekan pengantin yang diingini, anda bolehlah bersikap sedikit cerewet. Anda berhak bersuara sekiranya solekan yang dikenakan tidak memuaskan hati anda. Tapi pastikan anda juga mempunyai sedikit pengetahuan tentang solekan. Bincanglah secara baik; anda dan Make-up Artist anda pasti akan mencapai solekan yang diingini. Ingat, cerewet biar kena tempatnya!

Leave a Reply