TIPS POWER MEMIKAT HATI MAK MERTUA

TIPS POWER MEMIKAT HATI MAK MERTUA. Dup dap dup dap… Siapa tak nervous bila pasangan ajak jumpa family dia. Haaa mau mau nak kena jumpa bakal mak mertua. Teringat habis semua scene scene drama yang menghantui macam drama “Ibu Mertuaku” tu. So, kali ini kami akan bagi tips yang korang boleh prepare sebelum jumpa bakal family and mak mertua korang tu.

  1. Rancang pertemuan

Ini tips berjumpa bakal mertua yang pertama. Faktor masa adalah penting dalam membuat temujanji atau aturan bertemu keluarga mentua. Kerana pemilihan masa akan menentukan keadaan dan suasana pertemuan itu. Elakkan pertemuan secara mengejut, atau datang bukan dalam waktu keraian. Pilihlah tarikh pertemuan seperti hari raya, kenduri kahwin saudara dan yang sewaktu dengannya. Untuk lebih menunjukkan adab, biar pasangan kita yang aturkan pertemuan itu. Kita cuma ikut sahaja aturan dia.

  1. Jaga penampilan diri

First impression tu penting. Kita kenalah jaga penampilan kita bila bertemu dengan family pasangan. Jangan pakai yang terlalu menjolok mata. Ini bukan pameran fesyen. Juga jangan terlalu formal siap tali leher, bagaikan di pejabat. Biar santai tetapi kemas.

  1. Tunjukkan adab sopan dan kerajinan

Bukan suruh jadi hipokrit ke berlakon tapi kita sebagai anak muda kenalah tunjukkan adab sopan dan kerajinan yang baik supaya orang suka dengan kita. Tunjukkan akhlak yang baik. Pertuturan yang baik dan sifat yang terpuji menggambarkan keperibadian anda. Bakal mentua juga akan menganalisa anda berdasarkan skil komunikasi, memasak, skil sebagai suri rumah tangga yang akan menjaga anak mereka kelak.

  1. Ambik hati mereka

Kenali rentak ibu pasangan anda. Risiklah apa yang perlu daripada pasangan anda. Contohnya seperti minat mereka. Jika ibu pasangan anda minat memasak, cuba luangkan masa anda untuk mencuri berbual tips masakan bersama ibu pasangan anda. Jika minatnya pula lebih kepada membeli-belah, luangkan masa anda bersama-sama membeli-belah ataupun boleh juga jika anda berbicara tentang jenama yang bakal ibu mertua anda minati.

  1. Pandai memulakan topik perbualan

Dalam mana-mana skil komunikasi, pembukaan bicara adalah yang paling sukar dilakukan terutamanya apabila di dalam keadaan yang janggal. Setelah melakukan soal-selidik pihak mentua daripada pasangan anda, anda akan dapat gambaran apakah topik yang dapat dibicarakan bersama mentua. Cuba berbual secara spontan dan natural, supaya ianya tidak digambarkan seperti sudah dirancang dan diskripkan.

Itu adalah antara 5 tips yang paling penting untuk pikat hati bakal mak mertua dan family pasangan kita. So, selamat ber-practice and Goodluck!

 

Leave a Reply